Wednesday, December 14, 2011

MOTIVASI JUTAWAN #14

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

MOTIVASI JUTAWAN #14



RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
 

Tuesday, December 13, 2011

TIP 8 JUTAWAN : Dato' Dr Fadzilah Kamsah #4

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

TIP 8 JUTAWAN

" Tak ramai orang yang ceria dan bersemangat setiap hari. Untuk sentiasa ceria : Bangun pagi awal di waktu yang konsisten, senyum, angkat tangan dan baca : Doa Bangun Tidur, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Ayat Qursi, Ayat 1000 Dinar dan sebut : Ya Allah jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan jadikan aku ceria, sihat dan bersemangat untuk bekerja / belajar, jika aku mati hari ini, matikan aku dalam Husnul Khatimah. Insya Allah CERIA dan CEMERLANG. "


DATO' DR FADZILAH KAMSAH
Mentor Jutawan





Klik di sini untuk CERIA dan CEMERLANG :)





RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Friday, December 9, 2011

RENUNGAN JUTAWAN : Hikmah Diam

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

RENUNGAN JUTAWAN : HIKMAH DIAM



Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : 

"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab : 

"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata : 

"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang Pendiam'


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta sekalian makhluk Allah SWT di bumi & di langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT (Naudzubillaahimindzalik).


Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

 
Diam orang mukmin itu ibadah.
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula dalam ingatan.


Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM


1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpakerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud :


"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).


"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).


Madah Dari Hukama :

Banyak diam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang jahil yang banyak bicara.

Menasihati orang yang melakukan kesilapan, tidak salah. Yang salah memikirkan kesilapan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

*Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berkata-kata ke arah perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih lagi mulia serta terpuji yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri seseorang manusia itu.



*Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak.
[Orang yang 'Alim (Berilmu tinggi@banyak ilmu) biasanya PENDIAM.]

Sumber daripada :


RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Thursday, December 8, 2011

AMALAN JUTAWAN : 5 Petua Murah Rezeki

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

AMALAN JUTAWAN : 5 PETUA MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah SWT memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya :

1. Menyempatkan Diri Beribadah

Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi :

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT , yang menjadi sebab Allah SWT jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi SAW :

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan Perbuatan Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah SWT jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa Ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang beriman. Firman-Nya : 

“(Iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda :  

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi SAW :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah SWT akan beri “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.(At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah SWT, lalu Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Wednesday, December 7, 2011

MOTIVASI JUTAWAN #13

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

MOTIVASI JUTAWAN #13


RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Tuesday, December 6, 2011

TIP 8 JUTAWAN : Dr Irfan Khairi (IK) #4

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

TIP 8 JUTAWAN

" Adakalanya kita akan rasa untuk putus asa tabiat manusia untuk miliki perasaan ragu2 dan takut gagal. Cari mentor2 yang telah melalui kesukaran tersebut, belajar dari mereka yang telah berjaya dan lakukan apa yang mereka lakukan. Dalam apa sahaja industri, pasti terdapat mereka yang telah lalui apa saja ke sukaran yang kita akan lalui. BELAJAR daripada pengalaman tersebut. "


DR IRFAN KHAIRI (IK)
Jutawan Internet








RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Friday, December 2, 2011

RENUNGAN JUTAWAN : Dialog RM1 bersama RM50

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

RENUNGAN JUTAWAN : DIALOG RM1 BERSAMA RM50


Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya :

RM1 : Oit, lama tak nampak. Mana ko pergi?

RM50 : Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR Cruise, gi KL naik AirAsia, lepak shopping complex.. One Utama, KLCC, konsert-konsert... tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 : (menjawab perlahan seraya menunduk) Hmm... biasa lah.. Balik-balik tempat yang sama.. surau, masjid, surau... :)


RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Thursday, December 1, 2011

AMALAN JUTAWAN : Awal Muharram

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

AMALAN JUTAWAN : AWAL MUHARRAM
Selamat menyambut Tahun Baru Islam 1433 Hijrah :)

Seiringan dengan kedatangan bulan Muharram ini iaitu bulan yang terlalu banyak peristiwa dalam catatan sejarah Islam maka banyak sekali fadhilatnya jika kita beramal dan menghayati awal permulaan bulan hijrah ini, antaranya adalah berpuasa pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram dan juga :-

Melapangkan masa / belanja anak isteri. 
Fadhilatnya - Allah SWT akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir
miskin
Fadhilatnya - Allah SWT akan melapangkannya dalam kubur nanti.
 
Menyapu / mengusap kepala anak yatim. 
Fadhilatnya - Allah SWT akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. 
Fadhilatnya - Allah SWT akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Mandi Sunat. 
Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000
kali
Fadhilatnya - Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadhilatnya - Allah SWT akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. 
Lafaz niat : "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Fadhilatnya - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Wednesday, November 30, 2011

MOTIVASI JUTAWAN #12

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

MOTIVASI JUTAWAN #12


RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Tuesday, November 29, 2011

TIP 8 JUTAWAN : Azizi Ali #2

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

TIP 8 JUTAWAN

" Life is too short to be ORDINARY! "

AZIZI ALI
Jurulatih Jutawan






Klik di sini untuk EXTRA ordinary :)






RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Friday, November 25, 2011

RENUNGAN JUTAWAN : Rezeki Melimpah Ruah

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

RENUNGAN JUTAWAN : REZEKI MELIMPAH RUAH

 

Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya.  Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.

 

Begitu juga dalam hal mencari rezeki.  Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.

 

Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.




Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)

Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”

Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Sumber daripada :

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR! 

Thursday, November 24, 2011

AMALAN JUTAWAN : Petua Imam Syafie

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

AMALAN JUTAWAN : PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Wednesday, November 23, 2011

TIP 8 JUTAWAN : Dato' Hussamuddin #2

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

TIP 8 JUTAWAN

" Bisnes mesti MULA dari bawah, mesti mula kecil-kecilan dahulu. "

DATO' HUSSAMUDDIN 
Pengasas Kumpulan Karangkraf 
 





Klik di sini untuk MULA :)







RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Tuesday, November 22, 2011

MOTIVASI JUTAWAN #11

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

MOTIVASI JUTAWAN #11


RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Monday, November 21, 2011

TIP 8 JUTAWAN : Billi Lim #3

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

TIP 8 JUTAWAN

" CONQUER your fears through action. You don't know what you can't do until you do it. "

BILLI LIM
Jutawan Berani Gagal








 RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

Friday, November 18, 2011

RENUNGAN JUTAWAN : Kekurangan Itu Suatu Kehebatan

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!

RENUNGAN JUTAWAN : KEKURANGAN ITU SUATU KEHEBATAN




"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" 
(QS. Ibrahim [14]:7)

Kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?

Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.

Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?

Tepuk dada, tanya Iman.

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.

Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah :

"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)

Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:

"After every storm there is a rainbow"

Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.

Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
 
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]

Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Sumber daripada :

RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!