RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
KELAS JUTAWAN : TAKUT NAK MULAKAN SESUATU..
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Oleh : Dr Irfan Khairi (IK)
Adakalanya apabila hendak memulakan sesuatu, melakukan sesuatu idea, nak mulakan perniagaan atau tak kira apa sahaja sesuatu yang ‘baru’ ingin kita lakukan, akan datang perasaan ‘takut’ untuk bermula.
Perasaan ‘takut’ untuk memulakan sesuatu yang baru ini datang daripada zon selesa diri kita sendiri. Mungkin kita terasa takut akan gagal, takut apa yang orang lain akan kata, takut pada apa yang orang lain fikirkan… dan banyak lagi!
Seringkali perasaan takut ini adalah kepada sesuatu ‘luaran’ yang tidak dapat dikawal. Takut kepada sesuatu yang tidak pasti. Takut kepada sesuatu yang belum wujud dan belum terjadi.
Ketakutan ini akan menghentikan kita dari mengambil langkah pertama melakukan sesuatu perubahan pada diri kita sendiri. Kita sedia tahu bahawa untuk berjaya, pastinya kita perlu berubah. Namun, untuk melakukkan perubahan itu pula kita rasa takut.
Sebenarnya, perasaan takut itu adalah sesuatu yang semula jadi. Semua orang akan rasa takut terutamanya melakukan sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan. Bagi anak kecil yang belum pernah menaiki basikal, pastinya akan rasa takut untuk naik basikal kerana takut jatuh. Bagaimana pula anak kecil yang belajar hendak naik basikal, kemudian jatuh pula dan berdarah? pastinya si kecil itu akan lebih takut lagi oleh pengalaman tersebut!
Begitu juga untuk diri kita sendiri yang sudah besar panjang, pastinya akan takut apabila hendak memulakan dan melakukan sesuatu yang baru. Walaupun kita tahu ianya akan dapat membantu diri kita dalam mencapai kejayaan.
Takut juga akan berganda sekiranya kita pernah gagal sebelum ini atau pengalaman disekeliling kita memberi gambaran kegagalan kepada apa yang kita hendak lakukan.
Apakah cara menangani ketakutan ini?
Mudah sahaja. Fikirkan bahawa, perasaan takut adalah perasaan semula jadi. Diri saya sendiri apabila ingin melakukan sesuatu yang baru juga pasti akan terasa takut juga. Mereka yang berjaya dan berpengalaman yang lain pun juga pastinya akan terasa takut melakukan seusatu yang baru!
Tetapi apa yang membezakan orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah, walaupun perasaan takut itu ada dalam diri sendiri…Kita tetap lakukan juga! JUST DO IT!