RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
MOTIVASI JUTAWAN #23
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Monday, June 30, 2014
Sunday, June 29, 2014
TIP 8 JUTAWAN : Billi Lim #5
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
TIP 8 JUTAWAN
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
TIP 8 JUTAWAN
"Enjoy failure - it's part of life's experiences. People who only succeed and never fail experience only half of life."
BILLI LIM
Jutawan Berani Gagal
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Saturday, June 28, 2014
KELAS JUTAWAN : 3 Kunci Menjadi Kaya!
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
KELAS JUTAWAN : 3 KUNCI MENJADI KAYA!
Oleh : Irfan Khairi
Alhamdulillah rezeki saya dalam perniagaan Internet sejak 13 tahun dahulu. Jauh juga perjalanannya dan seperti apa sahaja pencapaian yang berbaloi, pasti ada cabarannya. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 kunci kejayaan dan kekayaan yang perlu dimiliki.
1. Jangan putus asa bila gagal
Untuk mencapai apa sahaja yang berbaloi, pasti ada kesusahannya dan cabarannya. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Kegagalan adalah sesuatu yang biasa ditemui apabila mengejar kekayaan. Sekiranya ingin berjaya, kalau jatuh 9 kali, anda tetap perlu bangun 10 kali. Baca sahaja kisah-kisah orang yang berjaya dari serata dunia, pastinya terdapat kisah kegagalan dan kesusahan yang diceritakan.
Ketika tahun 2000 saya memulakan perniagaan Internet saya yang pertama, bukanlah terus berjaya. Malah, perniagaan Internet pertama saya melalui kegagalan. Dalam jangka masa setahun menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapatkan 3 pelanggan sahaja. Saya tahu apa yang diperlukan untuk berjaya ketika itu oleh kerana saya amat suka membaca biografi kisah orang-orang berjaya. Kesemuanya pernah mengalami kegagalan.
Walaupun mendapat hanya 3 pelanggan dalam masa setahun, saya tetap meneruskan perniagaan Internet saya. Bayangkan sekiranya saya berputus asa pada tahun 2000 kerana hanya mendapat 3 pelanggan sahaja, tidaklah rasanya saya dapat bersama anda hari ini berkongsikan kisah saya. Pesanan saya kepada anda, JANGAN-JANGAN-JANGAN putus asa!
2. Tambahkan ilmu untuk berjaya
Usaha tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu! Mengapa perniagaan saya pertama gagal sehingga hanya mendapat 3 pelanggan sahaja?
Jawapanya adalah saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.
Cari jalan dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran anda. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira dalam apa jua bidang. Ianya dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari dari mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti dalam mencari ilmu. Saya sendiri juga sering mencari ilmu dan pengalaman diserata dunia selagi mampu badan untuk meningkatkan ilmu dan kejayaan.
Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
3. Kemahuan untuk berubah
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Fikirkan dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati dengan dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga, suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja 2, 5 atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup, pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk lagi 2, 5 atau 10 tahun akan datang.
Mereka yang berjaya adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah kearah kebaikan dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam diri sendiri.
Lihat sahaja dikeliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ianya mencukupi? Pastinya anda mengenali mereka yang mempunyai penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama. Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting lagi.
Bagaimana pula mereka yang kurang ilmu pula? Pastinya peluang untuk berjaya dan menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah disitu yang kita sering lihat kisah usahawan berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kesimpulan
Natijahnya, semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang anda impi-impikan?
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Friday, June 27, 2014
RENUNGAN JUTAWAN : Rabbighfirli
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
RENUNGAN JUTAWAN : RABBIGHFIRLI
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Thursday, June 26, 2014
KISAH JUTAWAN : Datuk Ahmad Kemin
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
KISAH JUTAWAN : DATUK AHMAD KEMIN
Perjalanan penuh liku Ahmad Kemin
|
"JIKA kita nyatakan bahawa dunia ini tidak menyebelahi kita, maka itu menunjukkan keyakinan rohaniah kita lemah. "Keseluruhan hidup manusia pada hakikatnya seperti satu perjuangan dan peperangan, perjuangan hanya akan tamat pada akhir hayat, mereka yang mahukan kejayaan perlulah menerima hakikat tersebut."
Demikian frasa yang lahir dari hati seorang tokoh ternama negara, Datuk Ahmad Kemin, 64, membawa pengertian yang sangat mendalam.
Kata-kata itu juga sebenarnya adalah kelongsong azimat yang membawa Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors Sdn. Bhd. itu menggapai kecemerlangan. Bukan hanya untuk dirinya sahaja malah untuk negara.
Mutiara Motors di bawah teraju Ahmad adalah syarikat pemegang permit import (AP) dan juga wakil pengedar kereta jenama terkemuka dunia iaitu Toyota, Artega dan Lexus.
Rintangan
Sepanjang 27 tahun beroperasi, Mutiara Motors kini turut memiliki anak syarikat lain seperti Mutiara Motors Resort Sdn. Bhd., Mutiara Motors Performance Products Sdn. Bhd., Mutiara Motorsports Sdn. Bhd., M7 Motorsports Sdn. Bhd. dan M7 Racing Sdn. Bhd.
Rentetan kejayaan Ahmad bukan semudah seperti mendendangkan sebuah cerita. Seperti kata anak kelahiran Kampung Mampan, Batu Pahat, Johor: "Saya bergelut dengan pelbagai rintangan, perit jerih, sepak terajang perniagaan, saya tetap tebalkan muka, keraskan kepala dan ringankan tulang untuk mengharunginya."
Terus-terang, seribu perasaan meledak dalam fikiran penulis ketika pertama kali bersua dengannya.
Namun, lelaki itu mewujudkan atmosfera luar biasa sehinggakan kata-kata yang terucap olehnya mewajarkan dirinya diteladani.
Bahtera kehidupan yang dilayari oleh figura itu ketika zaman kanak-kanaknya tidak akan hilang denyutnya begitu sahaja.
"Semasa kematian ibu usia saya 12 tahun, salah seorang kakak menjaga saya, ketika itu kehidupan amat susah dan memaksa saya meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja mencari rezeki," katanya yang hanya sempat belajar setakat darjah enam sahaja.
Namun, momen bersama arwah ibu masih berbekas di hatinya. Ceritanya, demi mencari sesuap nasi, beliau bersama ibu pernah berjalan kaki dari Kampung Melayu Majidee untuk menjual ubat tradisional.
Ujar Ahmad, beliau telah dididik bahawa alam mempunyai banyak cara untuk menghukum kemalasan. Justeru, sejak usia 16 tahun, beliau ligat kerja. Beliaulah penghantar maklumat, beliaulah peon, pencari fail, pembantu makmal dan juga penjaga stor dengan gaji sebanyak RM180 di Jabatan Kerja Raya (JKR), Johor.
"Di luar waktu kerja, saya menjual ais kepal di warung, berniaga barangan plastik di pasar malam, menjual jam tangan, membeli kereta-kereta buruk, membaiki dan menjualnya semula," katanya dengan mata hangat berkaca.
Ceritanya tentang bibit kesengsaraannya seperti bermonolog. Namun, perlakuan itu tidak memuakkan.
Beritahu Ahmad, dia berhenti makan gaji apabila Ketua Jabatan JKR ketika itu, Yow Yuan Kow telah mencabarnya meletak jawatan lantaran lelaki Tionghua itu sedar dirinya seorang yang kuat bekerja. Ketika itu, Ahmad berusia 35 tahun.
"Perniagaan pertama saya selepas berhenti daripada JKR ialah menubuhkan Syarikat Murni Motors (bertukar nama kepada Mutiara Motors Sdn. Bhd. pada 13 Disember 1982) yang beroperasi di Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor dengan tiga rakan kongsi," katanya.
Semakin tinggi gunung didaki, semakin banyak onak dan duri mesti dilalui sebelum sampai ke puncak, kata aristokrat itu.
Ujarnya melondehkan kemelut yang membelenggu seawal berbisnes: "Pelbagai masalah dan rintangan bersilih ganti, modal kecil, bank sedikit pun tak memandang perniagaan saya sebagai berdaya saing dan paling perit, dendam dan hasad dengki manusia yang tak mahu lihat kita berjaya."
Peritnya 'kesakitan' itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kata Ahmad. Tahun 1985, tiada siapa menduga, pasaran saham negara jatuh merudum. Impaknya, operasi Mutiara Motors terpaksa dihentikan. Bisnes landskap yang dijalankan pada tahun berikutnya juga tidak menjadi.
Gagal berniaga
Antara tahun 1980 hingga 1990, Mutiara Motors melakukan anjakan paradigma. Apakah yang dilakukan usahawan tersohor ini? Berpadanan dengan selera generasi muda, Ahmad mengimport kereta sport. Ternyata percaturan itu berhasil.
"Walau beberapa kali gagal dalam perniagaan, tak bermakna saya kurang disiplin," tegas anak kesembilan daripada 12 beradik.
Putaran kehidupan dan hukum alam sememangnya tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Pada tahun 1997, Ahmad terpaksa memerah otak bagaimana mempertahankan Mutiara Motors tatkala negara berdepan dengan kegawatan ekonomi yang begitu parah.
"Tuhan Maha Kaya, saya dihubungi oleh rakan niaga dari Jepun, K.Yamaguchi yang bertanyakan khabar perniagaan di Malaysia. Dia memahami dan menawarkan bantuan dengan memberi lima buah kereta tanpa sebarang bayaran," katanya penuh kesyukuran.
Menyingsing alaf baharu 2000, Mutiara Motors meletakkan kembali namanya di persada permotoran negara sehingga kini.
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah seorang yang hanya bersekolah hingga tamat darjah enam boleh berjaya? Jawapannya sangat ringkas iaitu yakin.
Budaya Jepun
Seperkara lagi, Setiausaha Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) itu mengakui, sewaktu mula-mula terjun ke arena bisnes, beliau tidak fasih berbahasa Inggeris.
"Ya, dulu memang saya tak tahu cakap orang putih, saya fikir bagaimana kita nak maju kalau tak tahu cakap Inggeris, tapi bila mengenangkan Jepun boleh menawan pasaran dunia walau kurang fasih, mengapa saya tidak," imbasnya.
Ahmad tidak lokek mengisahkan tentang momen pertama mengadakan rundingan dengan salah sebuah syarikat di Jepun pada awal 1980-an.
"Lucu kalau nak diceritakan balik tapi yang pasti ia agak merimaskan dan kaku kerana banyak isyarat tangan digunakan. Dah macam cakap ayam dengan itik," ujarnya yang pernah meminta rakannya yang boleh berbahasa Jepun dikenali sebagai Rahman Jepun untuk membantunya.
Itu semua kisah lama yang telah dibukukan. Kini, Ahmad lancar berbahasa Inggeris sehinggakan rakan-rakan bisnes dari luar negara kagum dengan kebolehannya bertutur.
Jepun adalah signifikan dengan perniagaan Ahmad, hatta dalam hatinya sekali pun. Katanya: "Jepun sangat dekat dengan saya, Jepun adalah rumah kedua saya dan betapa akrabnya saya dengan aura Jepun dapat ditunjukkan dalam operasi Mutiara.
"Sikap menepati janji dan masa sudah menjadi tabiat orang Jepun, mereka juga menghormati pelanggan, jadi, saya terapkan nilai itu kepada para pekerja saya. Bagi saya, pelanggan adalah raja, layanan pelanggan adalah aspek terpenting kerana selalunya pelanggan akan kembali ke tempat yang dia paling selesa."
Lelaki yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun itu melemparkan pandangan jauh. Barangkali beliau bagaikan tidak percaya bahawa Allah menganugerahkan rezeki sehebat itu.
Kisah seperti ditipu rakan sendiri dalam mendapatkan Permit Import (AP), pekerja sendiri pecah amanah dan dengki yang tidak berkesudahan sudah dilontar jauh-jauh oleh Ahmad.
Seperti kata Ahmad: "Hidup saya sejak zaman kanak-kanak hingga dewasa penuh dengan cabaran, tanpa cabaran baharu, jiwa saya menjadi lesu dan kurang bertenaga.
"Sebab itu penerokaan baharu tidak dapat dielakkan dalam perjalanan saya memenuhi tuntutan kehidupan ini."
Sesungguhnya, teguhnya bangunan Mutiara Motors yang terletak di Jalan Tebrau dan Larkin, Johor, menggambarkan prestijnya kedudukan lelaki itu.
Hakcipta terpelihara
Wednesday, June 25, 2014
AMALAN JUTAWAN : Solat Sunat Tahajjud
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
AMALAN JUTAWAN : SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Rasulullah SAW bersabda : “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan Solat Sunat Tahajjud
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Kelebihan Solat Sunat Tahajjud
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Memudahkan Bangun Solat Malam
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca ayat-ayat Al-Quran.
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Tuesday, June 24, 2014
Monday, June 23, 2014
TIP 8 JUTAWAN : Dato' Dr Azman Ching #5
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
TIP 8 JUTAWAN
"Saya DENGAR, saya lupa
Saya LIHAT, saya ingat
Saya LAKUKAN, barulah saya faham
(Confucius)"
DATO' DR AZMAN CHING
Jutawan MLM
TIP 8 JUTAWAN
"Saya DENGAR, saya lupa
Saya LIHAT, saya ingat
Saya LAKUKAN, barulah saya faham
(Confucius)"
DATO' DR AZMAN CHING
Jutawan MLM
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Sunday, June 22, 2014
KELAS JUTAWAN : Berapakah Nilai RM Diri Anda Sendiri?
Oleh: Irfan Khairi
Apakah nilai yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Dengan meletakkan nilai pada diri kita sendiri, bukan sahaja kita akan lebih menghargai masa, tetapi juga memudahkan kita membuat sesuatu keputusan.
Nilai yang saya maksudkan ini adalah nilai dalam bentuk wang- ringgit Malaysia. Sekadar contoh,bayangkan seorang konsultan yang berpendapatan RM300 satu jam apabila mengendalikan pelanggan. Masanya adalah lebih berharga untuk mengendalikan pelanggan berbanding dengan mungkin keluar membeli peralatan pejabat yang boleh diagihkan kepada orang lain.
Seperti contoh di atas, usahawan tersebut dapat meluangkan masa kepada perkara yang lebih penting dan menjimatkan masanya. Dalam waktu yang sama dapat membuat keputusan sama ada perlu bersama pelanggan atau keluar membeli peralatan pejabat mengikut nilai aktiviti tersebut.
Sebagai usahawan, ianya peting untuk meletakkan nilai pada diri sendiri. Tetapi ia juga tidak bermakna mereka yang bukan usahawan tidak perlu meletakkan nilai pada diri.
Memberi nilai kepada diri kita sendiri akan membuatkan kita lebih menghargai diri, dari segi masa yang diluangkan, kerja yang dihasilkan, juga usaha yang ditaburkan. Bila kita merasakan nilai kita tinggi, maka, pastinya kita tidak mahu membuang masa. Kerana setiap waktu yang beredar, akan digunakan dengan sebaiknya seperti nilai yang diletakkan.
Bayangkan kita meletakkan nilai kita kini satu jam, bernilai RM1. Pastinya, kita umpama tidak perlu menghagai masa kerana nilai satu jam atau dua jam yang berlalu hanya RM1-RM2. Tetapi bayangkan sekiranya nilai kita satu jam adalah RM100 untuk satu jam. Apa yang akan dirasa adalah, setiap jam tersebut adalah amat berharga kerana nilai kita tinggi. Bagaimana perasaan sekiranya 2 jam berlalu pada tahap nilai kita RM100 sejam? Pastinya kita akan rugi RM200! Besar tu.
Keadaan yang sama juga untuk menjelaskan konsep ini, pada hasil kerja dan usaha. Sekiranya kita meletakkan nilai wang pada hasil kerja dan usaha kita rendah, pastinya ia tidak dihargai dan mungkin kualiti kerja dan usaha juga adalah rendah.
Tetapi bayangkan anda seperti seorang doktor pakar bedah di mana nilai anda adalah amat tinggi. Pastinya setiap pembedahan yang anda lakukan adalah dengan amat teliti dan berkualiti- setaraf dengan nilai sendiri.
Berita baiknya adalah, anda tidak perlu menjadi pakar bedah, untuk mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana, nilai anda, anda yang tetapkan dalam diri anda sendiri. Ianya bukan berdasarkan gaji anda ataupun keuntungan perniagaan anda. Nilai, anda anda yang tetapkan 100% oleh kerana tujuannya adalah untuk menjadikan anda sendiri lebih produktif apabila meletakkan nilai wang pada waktu anda.
Manusia mempunyai otak yang amat hebat berbandingkan dengan komputer yang paling hebat di dunia. Tubuh badan kita juga adalah jauh lebih maju dari apa sahaja robot yang pernah dicipta. Deria kita adalah amat canggih berbanding dengan apa sahaja ciptaan manusia yang lain. Di sini sahaja, nilai kita adalah terlalu besar untuk diletakkan.
Sekiranya kita yakin bahawa nilai kita adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita rasakan kini, ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri kita dan membuatkan kita lebih menghargai diri, masa dan hasil kerja.
Soalannya, berapakah nilai RM yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Lakukan aksi harian anda berdasarkan nilai tersebut.
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Saturday, June 21, 2014
RENUNGAN JUTAWAN : Man
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
RENUNGAN JUTAWAN : MAN
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Friday, June 20, 2014
KISAH JUTAWAN : Tan Sri Dato' Loh Boon Siew
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
KISAH JUTAWAN : TAN SRI DATO' LOH BOON SIEW
Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Thursday, June 19, 2014
AMALAN JUTAWAN : Surah Yaasiin
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
AMALAN JUTAWAN : SURAH YAASIIN
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .
9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .
Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.
Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,”Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi”.
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali.”
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,”Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, “Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati.”
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi’ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, “Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku,” Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.
Diriwayatkan pada hadith yang lain, ” Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
Maqri rahmat-Ullah ‘alaih berkata, “Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. “Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)
RAHSIA 8 JUTAWAN TERBONGKAR!
Subscribe to:
Posts (Atom)